Isnin, 31 Ogos 2009

Siapa yang haramkan?

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya…” [24:31]

Cerita nie aku amik dari bulletin yang friends aku post kat friendster.

baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape sudah jadi dengan isu ini?? di diam begitu sahaja.Sekarang ape sudah jadi.. paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung. Pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di Malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid?? adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini?? jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM).International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja terhadap isu pengharaman tudung ini. apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang??

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... pihak kementerian juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

Hahaha, kelakar tak? Pada yang dah baca memang tak kelakar, lawak dah basi la katakan. Tapi perasan tak yang korang dan kita sebenarnya dah apply benda nie? maaf la kalau aku terkasar bahasa, kalau yang terasa tu aku minta maaf banyak – banyak. Bukan nak menuding jari atau nak tunjuk baik atau nak salahkan sesiapa. Cuma nak menegur dengan cara yang aku rasa ok la. (nak cakap berhikmah macam masih tak boleh).

Cuba kita tengok, kalaulah perkara macam nie berlaku, agak – agak melatah tak orang kita? mungkin ada memberontak atau jugak yang nak buat demonstrasi. Tapi tak sedar berapa orang yang dah “haramkan” tudung nie dalam diri diorang. Maafkan aku sekali lagi jika korang terasa, mungkin cara hidup yang lain buat ada sesetengah dari kita rasa tak kisah sangat kalau tak bertudung nie, asalkan hati baik. Tapi kita kena ingat, perintah nie dah ada dalam kalam Allah. Maknanya dah tak boleh nak berdalih lagi tau. Kalau yang perempuan tu berdosa kalau tak bertudung, yang lelaki lagi berdosa kalau tak menegur.

Ala cakap senang la saf. memang pun, agak sukar la nak menegur mereka – mereka yang berkaitan nie. orang rapat dengan kita lagi susah nak ditegur dari orang luar.tak yah cakap banyak, aku pun susah jugak nak tegur orang sekeliling aku. kawan rapat aku jugak ada yang macam tu. kadang aku rasa tak yah tegur pun tak pe (Naudzubillah). Mana tak nya, kalau dah hari – hari macam tu, kita jadi biasa je, tak de nak rasa bersalah.

Hari tu aku pergi bazaar kat hometown aku, rasa best sangat sebab dah lama tak jenguk. Bazaar yang bagi aku paling besh. Tapi yang tak besh nye bila aku nampak ramai couple dok syok jalan – jalan dengan tak rasa bersalah. Yang perempuan cantiknya punya body kasi tayang kat orang lain, yang lelaki punya la bangga dengan “awek” diorang sampai peluk bahu lagi. Kesian aku tengok diorang tu (Jealous pun ada gak). Pernah jugak aku jalan – jalan dengan kawan perempuan tapi tak la sampai nak berpeluk. Maybe sebab masa tu kau bukan couple saf. Memang la, tapi kalau couple pun boleh jadi lesen ke korang nak berpeluk? Masa nie la aku teringat kata – kata ustaz yang aku rasa korang pun selalu dengar :

“Ramai orang yang berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja...”

Aku rasa aku pun termasuk dalam golongan tu kot. Sebabnya? Mana tak nya, kalau dah keluar jalan je nampak pemandangan yang “indah” macam mana tu? dah tu bukan nak elak pun. Tak ke sia –sia je puasa tu? harap – harap la lepas nie aku dan korang jugak dapat apa yang sepatutnya. Amin…

Korang korang dan korang jangan marah aku ye kalau terasa. Think positive, kalau ada yang terasa maknanya tu positive result. Maknanya ada terdetik dari hati korang untuk faham yang apa yang kita buat tu tak betul. Kalau hati kering tak pun orang cakap dalam bahasa kasar hati mati. Tak kan tersa punya kalau dah beratus kali kena tegur, so korang kena bersyukur sebab terasa.

Korang, korang dan korang. Janganlah korang aim aku pulak lepas nie. nak boikot aku. aku tau la kali rasanya agak drastic sikit aku punya post.

p/s : dalam mood takut – takut.
frensicksignature

Khamis, 27 Ogos 2009

Terlalu Banyak Perumpamaan | Puasa dan Nasi



“Kerana sebiji nasi, tetap akan membatalkan puasa”

Kenapa pulak ada quote macam tu? baca sampai habis…

Ok, aku minta maaf ok sebab terpaksa tangguh post pasal sambungan untuk isu T B P (Ala, yang sambungan untuk sesi mutualisme dan parasitime tu). Oleh kerana dah masuk bulan puasa nie, aku rasa nak nak bagi sikit nasihat kot. Nasihat yang aku rasa sangat sangat sangat basic tapi korang dan aku sekali aku rasa sangat sangat dan sangat abaikan dan buat buat lupa.

Tapi sebelum tu aku nak bagi satu perumpamaan dulu. Kalau tak takkan la tajuk pun T B P jugak. (Aku sekarang suka bermain dengan perumpamaan ye, kalau korang rasa itu perkara yang annoying aku minta maaf sangat sangat). Ok berbalik pada cerita, aku nak Tanya apa pentingnya sebiji nasi? Adakah ia penting atau tidak?

Jawapannya boleh jadi penting dan tidak. Macam mana tu? macam nie, sebiji nasi tu boleh jadi penting kalau korang jenis yang kebulur tapi tak pulak bile korang dah kenyang. Betul tak? boleh jadi penting bila dah tak ada nasi tapi tidak bila nasi tu berlambak kat pinggan korang. Tapi kalau nak tau hakikatnya, sebiji nasi tu tetap penting tak kira apa jua keadaan, sebab tuhan tak ciptakan sesuatu itu sia –sia.

Kalau korang belajar kimia, lebih – lebih lagi budak matrikulasi, mesti tau kepentingan nasi tu. tu kalau korang tak skip lecture dan jenis yang suka merenung kejadian alam la. sebabnya? Aku alami sendiri. Macam mana? Macam nie. dulu aku kalau pergi makan aku makan sampai habis sebab nak hargai duit yang aku bayar untuk beli makanan tu. tapi bila aku belajar kimia kat matrik, aku makan sampai habis dan licin sebab aku hargai tenaga yang akan aku dapat bila makanan tu masuk dalam badan aku. sebab dulu aku nampak apa yang 1 gram makanan boleh buat dalam badan kita. ye, walaupun hanya 1 gram. Tapi sekarang awareness tu dah berkurang (aku rasa lagi teruk) sebab aku dah mula banyak kali makan tak habis. Kalau tak licin boleh dimaafkan tapi nie tak habis. Kan membazir tu. apa la kau saf. Naudzubillah.

Ok apa pulak kaitannya dengan hidup kita? ada kaitanya, sebelum aku cerita panjang lebar aku nak korang bayangkan yang nasi tu Amalan baik,dan Amalan buruk. Kenapa pulak kena macam tu? ala bayangkan je la. kalau korang Nampak significance nya, aku rasa korang tak yah baca pun korang boleh faham apa yang Allah s.w.t nak “sampaikan”.

Pertama, aku nak korang bayangkan nasi tu dengan perkara baik atau amalan baik. Korang cakap sebiji nasi tu boleh jadi penting kalau korang jenis yang kebulur tapi tak pulak bile korang dah kenyang. Betul tak? boleh jadi penting bila dah tak ada nasi tapi tidak bila nasi tu berlambak kat pinggan korang. Sama la jugak dengan amalan baik. Korang rasa kena buat banyak amalan baik tapi bila dah banyak amalan baik yang korang buat, yang perasaan bagus tu mesti tak nak buat perkara baik yang korang anggap remeh kan? tak yah kecoh, aku pun sama, dan aku rasa lagi teruk sebab aku kalau buat baik sikit pun dah rasa bangga nak mamp*s.

Tapi hakikatnya kita kena buat semua amalan baik walau kecik mana pun. Sebab kita akan di beri ganjaran, lebih – lebih lagi dalam bulan puasa sekarang. Seperti apa yang di firmankan oleh Alah s.w.t dalam al – quran yang bermaksud :

“Dan barang siapa mengerjakan kebaikan (Walaupun) seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya.”

Aku rasa ayat tu pun dah cukup untuk konkrit kan apa yang aku cakap.


***********


Yang kedua, kita tukar pulak dengan amalan buruk. Tapi kalau nak tukar nasi dengan amalan buruk. Kena anggap yang korang sedang berpuasa. Memandangkan sekarang bulan puasa, so tak ada masalah la ye. Kenapa pulak kena bayangkan nasi dengan amalan buruk? Ok aku nak bagitau, kalau kita makan nasi sebiji batal tak puasa? Apa benda la kau ni saf, soalan bodoh pun nak tanyakan kat orang lagi, of course la batal. Dah tu, tak reti nak kaitkan dengan hidup kita? dalam hidup pun macam tu jugak, kalau korang buat salah, jahat atau silap sekali pun tetap akan dikira salah. Kalau korang baik mana pun tapi bila korang dah buat silap tetap orang akan pandang yang silap tu jugak. Macam sehelai kertas putih kosong dengan sehelai kertas putih yang ada 1 titik hitam. Kalau yang kertas kosong tu korang akan susah nak focus, tak tahu nak tengok bahagian mana, atas, bawah, tepi, tengah, kiri, kanan? tapi bila ada titik, Yang mana korang Nampak? Mesti titik hitam tu dulu kan?

Sebab tu la tuhan tak nak consider bila korang makan nasi sebiji pun tetap dikira batal. Sama la jugak hidup, bila korang buat salah tetap dikira salah. Tapi tuhan tak zalim, sebab tu wujudnya qada’ puasa, sebab Dia nak bagi perumpamaan yang kita boleh bertaubat. Tapi kalau korang tengok, kita tak puasa sehari pun orang dah pandang serong kan? walaupun kita dah qada’ puasa tu. maknanya, kita buat salah sekali pun orang tetap pandang serong kat kita.

Sebab tu la tuhan bagi peringatan dalam firmannya yang bermaksud :

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan (Walaupun) seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya.”


***********


Ada satu lagi nasihat, aku nak tanya kalau korang lapar, macam mana boleh jadi kenyang? Makan nasi la saf. Betul? Tidak bagi aku, kenapa pulak? Yang buat kita jadi kenyang bukan nasi tapi tuhan ok. Ingat tu. tapi saf, kalau tak makan mana boleh kenyang. Memang la betul, sebab tu la tuhan cakap, nak sesuatu kena ada usaha, dalam makan pun ada usaha, usaha korang angkat pinggan, masak nasi, jerang air, masak lauk, hidang nasi, bukan usaha ke tu? so, bila korang dah ada usaha untuk makan, masa korang makan nanti tuhan bagi la nikmat kenyang. Ada jugak yang tuhan tak bagi nikmat kenyang yang mana makan sampai nak termuntah tapi mengunyah lagi. Sebab apa? Sebab kita tak landaskan atau relate kan usaha kita tu terhadap Allah s.w.t dengan makan tak baca Bismillah, apatah lagi doa makan. Lepas tu makan dengan kurang adab atau lagi teruk tak ada adab. Tak yah kecoh lagi, aku pun sama gak, dua kali lapan.

Hari ni banyak cakap pasal nasi je, makanan lain tak boleh ke saf? Boleh la kalau korang nak gantikan nasi tu dengan makanan lain, tak kira la mi goreng ke, air milo ke, kueh tiaw ke, air katira ke, Janji sesuai. Serius sebenarnya aku nak korang bayangkan nasi tu dengan benda lain bukan amalan baik dan buruk je, tapi tak keluar pulak ilham tu bila nak taip. So dengan tak nak buang masa, aku taip je apa yang keluar dalam otak aku nie masa nak taip pasal post nie.
frensicksignature

Terlalu Banyak Perumpamaan | Komensalisme

Minta maaf la kalau ada antara korang yang tertunggu – tunggu untuk sambungan segmen T B P nie, walaubagaimanapun aku terharu sangat, kalau ada yang buat macam tu. Tapi aku nak minta maaf sekali lagi sebab mungkin kali nie input tak berapa sempurna dan aku rasa korang susah nak faham.

Aku terlupa nak cakap masa hari tu aku post pasal introduction untuk segmen Terlalu Banyak Perumpamaan, sebenarnya hidupan dan alam sekitar kita nie terdiri dari 2 bahagian besar iaitu Simbiosis dan Mangsa – Pemangsa. Di bawah simbiosis pulak baru ada 3 kategori hubungan yang aku terangkan hari tu iaitu Komensalisme, mutualisme dan parasitisme.

Tapi hari nie aku nak cakap pasal komensalisme dulu, apa dia? Aku ulang balik :

Komensalisme (Commensalism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang tidak membawa keuntungan mahupun mudarat kepada kedua –dua pihak.

Ada jugak yang cakap maksudnya :

Komensalisme (Commensalism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan pada sebelah pihak namun tidak membawa mudarat kepada kedua –dua pihak.

So, apa signifikannya kepada kita? apa perumpamaan yang tuhan nak tunjukkan kat kita dengan bagi hubungan macam tu?

Dari apa yang aku nampak, apa yang aku nampak la kita jugak sebenarnya amalkan hubungan macam tu. kat mana? Bila? Tu kita kena cari sendiri, detect sendiri.

Aku bagi contoh, macam yang aku alami sekarang, duduk satu rumah dengan budak kos lain. Aku kenal dorang tapi just kenal sahaja. Maksud aku, aku tak perasan apa – apa yang boleh dianggap advantages, atau disadvantage dalam hubungan kitorang. Masing – masing buat hal sendiri. Bukan ke macam komensalisme tu?

Jadi, Apa aku nak cakap sebenarnya pasal benda nie? aku cuma nak bagitau yang hubungan jenis nie bagi aku dianggap “diharuskan”. Apa maksud diharuskan dalam islam? Maksudnya dwi pilihan, iaitu nak buat takpe tak buat tak salah. Tapi bagi aku tak digalakkan korang teruskan hubungan macam nie, sebab tak ada perkembangan langsung. Kita kena ingat orang ada cakap :

“Hari ini kita mesti lebih baik dari semalam dan esok kita mesti lebih baik dari hari ini”

Kesimpulannya, dalam, perhubungan pun kena macam tu jugak, kena ada perkembangan dalam, ikatan silaturrahim. Baru la korang boleh upgrade connection korang. Aku pun sedang cuba untuk dekatkan jurang antara aku dengan haousmate aku tu. Banyak tau benefit kalau baik dengan orang lain.

Sebenarnya aku tak berapa nampak sangat hubungan jenis macam nie dan tak banyak pengalaman tapi aku nak cakap jugak. Kalau korang tak faham aku tak kisah. Sebab ni la namanya ilmu ketuhanan. Tak sama dengan ilmu agama sebab ilmu agama korang kena belajar tapi ilmu ketuhanan korang kena kaji sendiri dengan buat observation kat alam sekeliling.



frensicksignature

Rabu, 26 Ogos 2009

I Wonder Why?


Aku tak tahu kenapa ada sesetengah blog yang aku ikut dulu dah tak boleh masuk sekarang. maksud aku dah tak boleh ikut. Sama ada dorang dah tak minat aku atau ada benda lain aku pun tak tahu.

Nak kata aku mengganggu dorang tak pulak, hantar komen pun ayat skema tak kan nak di cop sebagai mengganggu pulak?

Mungkin sebab aku orang asing bagi dorang dan sebab tu la aku kena "kick" dari jadi follower dorang. kalau la tak nak apa yang kita tulis tu jadi tatapan orang lain, baik tak yah buat blog. buat diari je, lagi best. kalau la nak bagi member je yang baca, kenapa tak private kan awal - awal? padahal korang tu jenis yang terror ya amat berblogging, tak kan nak setting untuk private pun tak tahu? coding sana coding sini pandai pulak.

Dah la, malas nak cakap banyak - banyak nanti terkeluar pulak aib orang. bahaya pulak nanti. yang penting aku cuma nak cakap, aku dah tarik diri dari ikut beberapa blog setakat nie. so, kalau korang punya terpilih aku minta maaf. bukan korang tak best, cuma aku rasa tak ada kaitan dengan aku, tu je. (Tapi setahu aku, aku cuma berhenti ikut page orang yang private kan, lps tu tak approve aku, tu je)


frensicksignature

Keluar juga akhirnya

Setelah bertahun - tahun di request dan di ujikaji. akhirnya tercipta jugak pemain muzik yang tak payah guna wayar. Setelah bertahun jugak aku bergelumang, bergumpal, berselirat, bersimpul dengan kord earphone, dan setelah menunggu akhirnya keluar jugak pemain muzik yang aku idam - idamkan. memang Sony nie jenis yang pandai ambil tahu kehendak pengguna. cuma satu je yang aku terkilan, kenapa baru sekarang kau keluar? Setelah aku berganding dengan "si dia". nampaknya aku masih lagi bergelumang, bergumpal, berselirat, bersimpul dengan kord earphone




frensicksignature

Rabu, 19 Ogos 2009

Sekat sekat

Bila hidup kita hitam putih, kita nak "warna warni" lepas tu wujudlah apa yang dinamakan colour...
Bila hidup kita warna warni, kita minta "sinar cahaya", lepas tu wujudlah apa yang orang cakap Metallic Colour,
Tapi bila kita dah ada sinar cahaya kenapa minta lagi kegelapan? kegelapan yang disangka cantik tapi hakikatnya background nye tetap hitam. Sampai hidup jadi macam "monochrome"

Itulah fitrah manusia yang setiap sorang mesti ada iaitu Nafsu. kita sedar tapi buat - buat tak sedar kan? Jangan takut sebab tuhan itu maha mengetahui, sebab itu diciptakannya Ramadhan. sebab suruh kita berpuasa dan menahan nafsu dan keinginan kita yang aku rasa tiada penghujung (Endless Needed)

Aku ada terbaca kat internet yang jika seseorang itu tidak meminta maaf kepada semua orang sebelum hadirnya ramadhan. segala amalan nya ditolak. Sepanjang pemerhatian aku, yang cakap tu ialah malaikat dan yang mengaminkan tu Rasulullah s.a.w (kalau tak percaya, cari sendiri fakta tu, korang kan ada akal). Tak perlu la nak tunggu raya baru nak minta maaf ye, sebab minta maaf sebelum puasa tu lagi afdhal sebagai persediaan untuk kita sucikan diri. betul kan?

So, dengan ada nya masa yang singkat nie aku gunakan untuk minta maaf dari hujung partikel rambut hingga hujung isi kaki jika aku ada buat salah dan silap atau perkara yang menyebabakan aku kena minta maaf kat korang. kalau ada apa - apa yang korang belum selesai dengan aku, slow talk je la ok...
frensicksignature

Sabtu, 15 Ogos 2009

Memang semua nak halang aku...

Tak cukup dengan budak - budak yang suka cari masalah, aku kena lagi masalah lain dan aku rasa nak hantuk je muka dan kepala kat monitor skrin laptop kesayangan aku tu.

first, dengan Loan lmbt msk buat aku tersangkut nak beli buku note, rujukan, akibatnya aku terpaksa cover balik chapter yang dah terlepas sebab aku tak biasa study tanpa reference. Effect dia sampai sekarang aku masih belum bejaya completekan chapter yang nak di cover tu.

And then masalah kedua laptop pulak buat hal. nie yang paling aku rasa bad sangat - sangat. dah la jenis tak leh hidup tanpa benda yang aku minat, benda yang aku minat tu la buat hal. apsal "kau" suka cari pasal? apa salah aku?

sakit hati tu jangan cakap la ye, memang sakit sangat. dah la nak study pun tak ada feel sebab dah terlalu banyak kerja tertangguh. bila ada masa je time tu la stress nak datang.

tak kan aku nak salahkan takdir lak? nak merungut? apa aku dapat? nak selesaikan masalah? bukan aku tak nak, cuma banyak masalah yang aku nak selesaikan semuanya kena guna satu konsep.... sabar....


Memang semua perkara kat depan mata aku tak nak aku :

  1. Rasa selesa belajar
  2. Selesaikan masalah
  3. Rasa nikmat ketenangan.
frensicksignature

Rabu, 12 Ogos 2009

HPPNK : HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2009

Aku malas nak cakap, biar gambar menceritakan segalanya






Ingatkan budak BMCD macam aku xde kaitan dengan benda macam nie, tapi tengok, boleh ada kaitan jugak.




frensicksignature

Selasa, 11 Ogos 2009

Halal Atau Berkat (Versi Karier - Part 1)

Dulu aku pernah cakap yang aku banyak alami masalah bila bekerja. Bukan sebab kejutan budaya atau malas je. Tapi ada sebab lain yang aku dah mention dulu. Tapi dulu aku mention kejap jek, kali nie pun kejap je kot. Malas la nak cerita banyak banyak. Aku bukan pakar dalam bab karier nie. kerja pun baru berapa tahun pengalaman. Tapi aku nak cakap dari segi pandangan aku sebagai pemerhati kat orang yang berkarier.

Bagi aku orang yang berkarier tu orang yang bekerja dan berjaya. Maksudnya orang yang bekerja dan berjaya. Faham tak? Tak kira la korang engineer ke, doctor ke, kerja kilang ke, cikgu ke, berniaga ke, angkat sampah ke, korang tetap dikira berkarier. Sebabnya? Sebab korang bekerja dan berjaya. Err, orang angkat sampah tu berjaya ke? Tu la, lain kali jangan cetek sangat fikiran. Orang kerja angkat sampah pun bagi aku berkarier. Apsal? Sebab dorang bekerja (Of course) dan dorang berjaya, maksud aku berjaya cari kerja halal, berjaya bekerja atau mencari kerja, berjaya cari nafkah. Memang la dorang tak berjaya dalam pelajaran tapi tak semestinya dorang tak boleh berjaya dalam pekerjaan, kan? mana tau kot kot dorang kerja angkat sampah tapi ada bisnes senyap – senyap yang confirm halal? Tak mustahil kan? konsepnya lebih kurang sama macam peminta sedekah yang boleh ada banglo, kereta besar, dll (Tu sebab dorang buat cara tak sah, menyamar jadi pengemis, padahal kaya nak “mampus”, korang jangan ikut!)

Tapi definisi berkarier bagi aku tak berhenti kat situ je. ada satu lagi iaitu Berjaya mencari berkat dalam pekerjaan masing – masing. Macam mana tu? tu korang kena explore la sendiri. Berapa banyak pekerjaan kat dunia nie. Tak kan aku nak cerita satu – satu pulak. Tapi jangan takut sebab aku boleh bagi contoh sedikit yang aku nampak. Harap – harap korang pun nampak la.

Dulu orang kata cikgu tu garang nak mampus dan murid- murid (Mak bapak atau tuk nenek atau moyang kita) tak berani nak cakap sikit pun masa cikgu tengah mengajar. Nak buat hal sikit pun tak berani, kan? tapi sekarang apa cerita? Melambak cerita pasal pelajar pukul cikgu la, kurang ajar kat cikgu la, lawan cakap cikgu la. apa kes? At the end memang la orang tuding jari kat pelajar tu sebab confirm budak tu kurang ajar dan melampau. Tapi kalau kaji balik tak kan nak salah kan pelajar je? aku amik contoh panjang sikit, pasal cikgu dulu – dulu. Jadi cikgu sebab nak didik anak – anak dan kurang atau hampir tak fikir langsung pasal gaji. Hasilnya, ramai tokoh yang terkenal yang bawa kesan besar kat kita, kan? tapi sekarang? Tak ramai cikgu macam tu. Sebabnya, ramai yang nak jadi cikgu sebab dapat gaji tetap, kerja bawah kerajaan, boleh claim itu ini, dapat itu ini (Pada pandangan aku la). tak fikir pasal nak didik anak bangsa, kalau ada pun berapa kerat je. itupun dah dikira baik. Hasilnya? Banyak kes yang libatkan pelajar dan cikgu. Yang paling teruk, cikgu yang diharapkan jadi pembimbing buat benda tak elok macam cabul pelajar la, itu la, ini la, malas nak cakap, korang boleh fikir sendiri. Nak kata kerja cikgu tu tak halal? Halal pun, tak boleh nafi dah, tapi kalau bab berkat? Boleh kita mention, berkat ke tak? Niat dah ke lain, nak berkat macam mana? Bukan nak salahkan semua cikgu, tapi pandai – pandai la fikir kat mana niat kita tu. kalau ada yang belajar kat maktab tu, fikir awal – awal sebelum korang jadi cikgu. Besar tanggungjawab korang sebenarnya tau.

Dulu aku pernah cakap yang pensyarah tak sama macam cikgu sebab cikgu nie tugasnya mendidik tapi pensyarah tak. Pensyarah mengajar sahaja. Tak sama pun. Tapi jangan salah faham. Aku tak maksudkan pensyarah tu jahat atau tak buat kerja dorang. Tapi tu memang kerja dorang. Mengajar sahaja, kalau mendidik tu sampingan je. sebabnya? Kat Uni kita semua dah besar, dah boleh berdikari, tak kan nak disuap lagi. Semua benda kena cari sendiri. Pensyarah boleh tolong pandu kita je. pantau kita dan tegur kalau kita buat yang silap ke atau salah. Sebab kita bukan mumaiz lagi tapi dah baligh. Sebab tu la korang jangan expect pensyarah nak bagi semua yang perlu dalam kuliah. Sebab ada masa benda yang kita kena tahu tak semestinya ada dalam silibus.

Tu baru bab cikgu je, dah panjang lebar. Isi belum tentu ada ke tak. Korang nilaikan sendiri. Aku cuma berkongsi pendapat je. Berbalik pada karier tadi. Bayangkan pulak kalau orang yang kerja kat pejabat atau yang ada office hour la. tak pun yang ada masa yang ditetapkan untuk bekerja. Pernah terfikir dah berapa banyak kali orang yang bekerja ikut jadual nie tak tepati masa? Banyak kali kan? tahu kenapa? Sebab dah biasa ponteng masa sekolah dulu. Tak percaya? tengok la sekeliling. Bukti banyak dah ada. tak yah tengok jauh – jauh pun tak apa. Dekat – dekat pun jadi. Suruh orang datang awal, tapi “dia” sendiri datang lambat. Alasan orang penting, banyak kerja, aku …. Tak yah nak ikut masa sangat”, itulah, inilah. Sampai aku sendiri pun dah terbiasa dengan benda macam nie. tapi kita pernah terfikir tak kenapa cikgu amat pentingkan kehadiran dan datang awal masa sekolah dulu? (sekolah aku lah, sekolah korang aku tak tau) sebab nak ajar kita berdisiplin masa sekolah, nanti masa kerja senang, Punctual. Tapi penting sangat ke punctual nie? mana tak pentingnya. Cikgu aku pernah cakap dulu. Bunyinya macam nie la :

“cikgu tak nak datang lambat sangat atau keluar awal sangat kelas ni sebab nanti kat akhirat nanti nak jawab apa? Masa cikgu mengajar kamu kurang dari yang ditetapkan dalam jadual.”

Macam tu la, so aku pun fikir jugak. Betul ke penting sangat sampai macam tu sekali. Tapi aku tengok orang yang kerja pejabat tu relaks je duduk tepi warung minum kopi, masuk lambat, tak kena marah pun? Tapi bila fikir balik, pasal kena marah tu bukan lah penting sangat. Tapi berkat time kerja tu yang penting. Korang makan gaji buta. Time pergi kerja lepak – lepak. Tapi bila gaji tak naik marahkan majikan. Ingat ada berkat ke?

kalau ada yang jenis suka berfikir, fikirlah berkat ke tak.

Isnin, 10 Ogos 2009

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Aku dapat artikel nie dari member aku, masa copy paste file yang aku minat. Kitorang memang suka share benda – benda macam nie. Thanks Are Kir.

Bukan nak takutkan orang perempuan. Sangat bagus kalau korang baca. Lebih – lebih lagi orang wanita, lelaki kena amik tahu jugak sebab boleh bagitahu kenalan korang yang wanita

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.


1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur punggung.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk punggung pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia.

Itu tidak benar sama sekali...!!!

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment

Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai???

Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu??

wallahua'lam


frensicksignature

Seronokkan?

Seronokkan kalau ada motor lepas tu modify itu ini lepas tu nak pergi kelas pun susah. Bukan sebab motor rosak tapi sebab malas.

Seronokkan kalau ada internet, boleh surf internet buat itu ini, tengok youtube, Friendster,myspace. Belum masuk lagi tengok benda bukan – bukan. Tapi nak search untuk akademik punya la susah

Seronokkan kalau boleh duduk kat kolej kediaman. Boleh terbongkang, save privacy. Lepas tu sepahkan bilik tapi nak ice breaking pun tak nak.

Seronokkan kalau dapat bekalan air yang cukup. Dapat mandi, basuh baju, ehem – ehem. Tapi nak wudhu’ pun buat – buat lupa.

Seronokkan dapat lecture bertauliah. Tak kena marah, tak kena maki. Tapi apsal lecture pulak yang korang maki?

Seronokkan ada buku reference. Boleh tayang kat member lepas tu buat toyol. Tapi apsal tak nak baca bila masa lapang?

Seronokkan ada pinggan mangkuk. Boleh guna kalau makan kat rumah. Lepas tu tak nak basuh. Kalau ada mangkuk terbang marah pulak. Orang lain pun nak guna jugak.

Seronokkan dapat satu rumah dengan budak lain kos. Dapat cerita baru, kenalan baru. Tapi tu semua tak berlaku. Sebab kau sombong sangat. Macam kau je duduk rumah tu.

Seronokkan ada speaker. Boleh dengar lagu kuat – kuat. Boleh tayang kat orang. Lepas tu tak kenal maghrib. Bila ditanya kenapa tak sembahyang, “oh aku tak dengar la azan tadi”.

Seronokkan ada kawan seperjuangan. Satu matlamat, satu wawasan. Tapi orang tu jugak la yang korang sumpah – sumpah.

Seronokkan ada kampung halaman. Tempat banyak kenangan, banyak sejarah. Tapi nak balik pun nak tak nak.

Seronokkan ada handphone. Boleh sms, call makwe/pakwe. Tapi nak call mak ayah, berkira kredit.

Seronokkan ada makwe/pakwe. Boleh dirindu –rindu, disayang - sayang, dicinta – cinta. Tapi sayang tak kat mak bapak korang? sayang tak tuhan korang?

Seronokkan kalau berkapel. Dapat cuci mata selalu. Yang lelaki dapat rasa. yang perempuan dapat bangga. Tempat memadu kasih la konon. Bab fardhu ain dah khatam belum? Belum tanya pasal rumahtangga lagi.

Seronokkan dapat kutuk orang, maki orang dari belakang. Fikir sikit, nak minta maaf boleh ke dari belakang?

Seronokkan ada mulut. Boleh menyumpah – nyumpah, “cakap mampus kau, sial kau, … kau!”. Kan cakap tu satu doa?

Seronokkan bila protes itu ini. Cakap macam kau sorang je perfect. Tak sedar kau lagi banyak masalah.

p/s : aku saje je cakap macam tu. Tapi yang last tu direct untuk aku. kalau korang terasa maaf la ye.


frensicksignature

Reminder To All User

Kalau korang jenis yang aktif dengan lelaman sosial mesti biasa dengan benda nie (klik untuk dapatkan imej jelas) :


cuma aku tak suka ayat dia sikit kat rules no 11 tu



frensicksignature

Terlalu Banyak Perumpamaan | Introduction

Sedang duduk bersahaja depan televisyen dengan hidung sok sek sok sek (Selsema), aku tiba – tiba aku terkenang zaman sekolah dengan wajah cikgu sains tingkatan 3 sedang mengajar kitorang. Bukan sebab cikgu tu sorang awek dan terbayang wajah manisnya (Maaf kalau cikgu terbaca) sebab beliau dah berkahwin. Cuma aku terkenang apa yang diajarnya masa tingkatan 3 dulu. Tajuk silibus dia kalau tak silap “Saling bersandaran antara hidupan dengan yang lain” tak pun “Saling bersandaran antara satu sama lain”. Macam tu lah. Kalau korang ingat, mesti korang tau.

Masa tu kalau tak silap ada tiga jenis hubungan antara semua jenis makhluk kat dunia nie. yang pertama Komensalisme (Commensalism), kedua mutualisme (mutualism), dan yang ketiga parasitisme (parasitism), macam tu la. apa maksud term – term tu? kat bawah nie penerangan nya.
  1. Komensalisme (Commensalism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang tidak membawa keuntungan mahupun mudarat kepada kedua –dua pihak.
  2. mutualisme (mutualism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan kepada kedua –dua pihak.
  3. parasitisme (parasitism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan kepada satu pihak dan memberi mudarat kepada pihak yang lagi satu.
So, apa significance hubungan tu dengan kita? sebenarnya ada kaitan dengan kita. ingat, tuhan tu maha kaya, maha mengetahui. Tak ada yang diciptaNya sia –sia. Sebenarnya tuhan nak bagi perumpamaan kepada kita tentang kehidupan dengan bagi contoh yang ada dekat hidupan lain. Ingat tu, PERUMPAMAAN.

Macam yang kita tahu, orang melayu kaya dengan bahasanya kan? so, orang melayu jugak la yang buat perumpamaan dalam puisi dorang macam pantun, puisi dll. Maknanya, ada orang melayu dulu – dulu yang jenis berfikir nie nampak apa yang tuhan tunjuk untuk diorang dan untuk kita sekarang. Sebab tu kita jangan pandang sebelah mata dengan kesusasteraan melayu kita. sebab ada maksud tersirat yang orang dulu nak bagitahu.

Walaubagaimanapun, bukan pasal tu aku nak cakap. Bukan pasal bahasa. Sebab aku pun dah malas nak berdebat pasal nak martabatkan bahasa kat dunia elektronik nie. Aku nak cerita pasal terlalu banyak perumpamaan yang tuhan bagi kat kita. tapi buat masa nie, aku nak stop sini dulu, nanti sambung. Selsema mencemburui kita. nanti aku sambung lagi. Sok sek sok sek…

p/s : biar bagi suspen kat korang (macam la suspen sangat, ingat ada ke orang nak baca)

frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails