Dulu aku pernah cakap yang aku banyak alami masalah bila bekerja. Bukan sebab kejutan budaya atau malas je. Tapi ada sebab lain yang aku dah mention dulu. Tapi dulu aku mention kejap jek, kali nie pun kejap je kot. Malas la nak cerita banyak banyak. Aku bukan pakar dalam bab karier nie. kerja pun baru berapa tahun pengalaman. Tapi aku nak cakap dari segi pandangan aku sebagai pemerhati kat orang yang berkarier.
Bagi aku orang yang berkarier tu orang yang bekerja dan berjaya. Maksudnya orang yang bekerja dan berjaya. Faham tak? Tak kira la korang engineer ke, doctor ke, kerja kilang ke, cikgu ke, berniaga ke, angkat sampah ke, korang tetap dikira berkarier. Sebabnya? Sebab korang bekerja dan berjaya. Err, orang angkat sampah tu berjaya ke? Tu la, lain kali jangan cetek sangat fikiran. Orang kerja angkat sampah pun bagi aku berkarier. Apsal? Sebab dorang bekerja (Of course) dan dorang berjaya, maksud aku berjaya cari kerja halal, berjaya bekerja atau mencari kerja, berjaya cari nafkah. Memang la dorang tak berjaya dalam pelajaran tapi tak semestinya dorang tak boleh berjaya dalam pekerjaan, kan? mana tau kot kot dorang kerja angkat sampah tapi ada bisnes senyap – senyap yang confirm halal? Tak mustahil kan? konsepnya lebih kurang sama macam peminta sedekah yang boleh ada banglo, kereta besar, dll (Tu sebab dorang buat cara tak sah, menyamar jadi pengemis, padahal kaya nak “mampus”, korang jangan ikut!)
Tapi definisi berkarier bagi aku tak berhenti kat situ je. ada satu lagi iaitu Berjaya mencari berkat dalam pekerjaan masing – masing. Macam mana tu? tu korang kena explore la sendiri. Berapa banyak pekerjaan kat dunia nie. Tak kan aku nak cerita satu – satu pulak. Tapi jangan takut sebab aku boleh bagi contoh sedikit yang aku nampak. Harap – harap korang pun nampak la.
Dulu orang kata cikgu tu garang nak mampus dan murid- murid (Mak bapak atau tuk nenek atau moyang kita) tak berani nak cakap sikit pun masa cikgu tengah mengajar. Nak buat hal sikit pun tak berani, kan? tapi sekarang apa cerita? Melambak cerita pasal pelajar pukul cikgu la, kurang ajar kat cikgu la, lawan cakap cikgu la. apa kes? At the end memang la orang tuding jari kat pelajar tu sebab confirm budak tu kurang ajar dan melampau. Tapi kalau kaji balik tak kan nak salah kan pelajar je? aku amik contoh panjang sikit, pasal cikgu dulu – dulu. Jadi cikgu sebab nak didik anak – anak dan kurang atau hampir tak fikir langsung pasal gaji. Hasilnya, ramai tokoh yang terkenal yang bawa kesan besar kat kita, kan? tapi sekarang? Tak ramai cikgu macam tu. Sebabnya, ramai yang nak jadi cikgu sebab dapat gaji tetap, kerja bawah kerajaan, boleh claim itu ini, dapat itu ini (Pada pandangan aku la). tak fikir pasal nak didik anak bangsa, kalau ada pun berapa kerat je. itupun dah dikira baik. Hasilnya? Banyak kes yang libatkan pelajar dan cikgu. Yang paling teruk, cikgu yang diharapkan jadi pembimbing buat benda tak elok macam cabul pelajar la, itu la, ini la, malas nak cakap, korang boleh fikir sendiri. Nak kata kerja cikgu tu tak halal? Halal pun, tak boleh nafi dah, tapi kalau bab berkat? Boleh kita mention, berkat ke tak? Niat dah ke lain, nak berkat macam mana? Bukan nak salahkan semua cikgu, tapi pandai – pandai la fikir kat mana niat kita tu. kalau ada yang belajar kat maktab tu, fikir awal – awal sebelum korang jadi cikgu. Besar tanggungjawab korang sebenarnya tau.
Dulu aku pernah cakap yang pensyarah tak sama macam cikgu sebab cikgu nie tugasnya mendidik tapi pensyarah tak. Pensyarah mengajar sahaja. Tak sama pun. Tapi jangan salah faham. Aku tak maksudkan pensyarah tu jahat atau tak buat kerja dorang. Tapi tu memang kerja dorang. Mengajar sahaja, kalau mendidik tu sampingan je. sebabnya? Kat Uni kita semua dah besar, dah boleh berdikari, tak kan nak disuap lagi. Semua benda kena cari sendiri. Pensyarah boleh tolong pandu kita je. pantau kita dan tegur kalau kita buat yang silap ke atau salah. Sebab kita bukan mumaiz lagi tapi dah baligh. Sebab tu la korang jangan expect pensyarah nak bagi semua yang perlu dalam kuliah. Sebab ada masa benda yang kita kena tahu tak semestinya ada dalam silibus.
Tu baru bab cikgu je, dah panjang lebar. Isi belum tentu ada ke tak. Korang nilaikan sendiri. Aku cuma berkongsi pendapat je. Berbalik pada karier tadi. Bayangkan pulak kalau orang yang kerja kat pejabat atau yang ada office hour la. tak pun yang ada masa yang ditetapkan untuk bekerja. Pernah terfikir dah berapa banyak kali orang yang bekerja ikut jadual nie tak tepati masa? Banyak kali kan? tahu kenapa? Sebab dah biasa ponteng masa sekolah dulu. Tak percaya? tengok la sekeliling. Bukti banyak dah ada. tak yah tengok jauh – jauh pun tak apa. Dekat – dekat pun jadi. Suruh orang datang awal, tapi “dia” sendiri datang lambat. Alasan orang penting, banyak kerja, aku …. Tak yah nak ikut masa sangat”, itulah, inilah. Sampai aku sendiri pun dah terbiasa dengan benda macam nie. tapi kita pernah terfikir tak kenapa cikgu amat pentingkan kehadiran dan datang awal masa sekolah dulu? (sekolah aku lah, sekolah korang aku tak tau) sebab nak ajar kita berdisiplin masa sekolah, nanti masa kerja senang, Punctual. Tapi penting sangat ke punctual nie? mana tak pentingnya. Cikgu aku pernah cakap dulu. Bunyinya macam nie la :
“cikgu tak nak datang lambat sangat atau keluar awal sangat kelas ni sebab nanti kat akhirat nanti nak jawab apa? Masa cikgu mengajar kamu kurang dari yang ditetapkan dalam jadual.”
Macam tu la, so aku pun fikir jugak. Betul ke penting sangat sampai macam tu sekali. Tapi aku tengok orang yang kerja pejabat tu relaks je duduk tepi warung minum kopi, masuk lambat, tak kena marah pun? Tapi bila fikir balik, pasal kena marah tu bukan lah penting sangat. Tapi berkat time kerja tu yang penting. Korang makan gaji buta. Time pergi kerja lepak – lepak. Tapi bila gaji tak naik marahkan majikan. Ingat ada berkat ke?
kalau ada yang jenis suka berfikir, fikirlah berkat ke tak.
2 ulasan:
salam..
mmm working life mmg mcm2 hal ade. yg baik ade yg buruk ade. ape2 pon sumenye Allah juga yg izinkan ia terjd.. kita manusia ni kena pandai bawa diri.. kena selalu mohon pdNya agar kita sentiasa dlm bimbinganNya. cam tu la kan...
have a nice day!
saje singgah :)
tu la, anyways, thanks singgah...
jemput2 la dtg lg...
Catat Ulasan