Isnin, 10 Ogos 2009

Seronokkan?

Seronokkan kalau ada motor lepas tu modify itu ini lepas tu nak pergi kelas pun susah. Bukan sebab motor rosak tapi sebab malas.

Seronokkan kalau ada internet, boleh surf internet buat itu ini, tengok youtube, Friendster,myspace. Belum masuk lagi tengok benda bukan – bukan. Tapi nak search untuk akademik punya la susah

Seronokkan kalau boleh duduk kat kolej kediaman. Boleh terbongkang, save privacy. Lepas tu sepahkan bilik tapi nak ice breaking pun tak nak.

Seronokkan kalau dapat bekalan air yang cukup. Dapat mandi, basuh baju, ehem – ehem. Tapi nak wudhu’ pun buat – buat lupa.

Seronokkan dapat lecture bertauliah. Tak kena marah, tak kena maki. Tapi apsal lecture pulak yang korang maki?

Seronokkan ada buku reference. Boleh tayang kat member lepas tu buat toyol. Tapi apsal tak nak baca bila masa lapang?

Seronokkan ada pinggan mangkuk. Boleh guna kalau makan kat rumah. Lepas tu tak nak basuh. Kalau ada mangkuk terbang marah pulak. Orang lain pun nak guna jugak.

Seronokkan dapat satu rumah dengan budak lain kos. Dapat cerita baru, kenalan baru. Tapi tu semua tak berlaku. Sebab kau sombong sangat. Macam kau je duduk rumah tu.

Seronokkan ada speaker. Boleh dengar lagu kuat – kuat. Boleh tayang kat orang. Lepas tu tak kenal maghrib. Bila ditanya kenapa tak sembahyang, “oh aku tak dengar la azan tadi”.

Seronokkan ada kawan seperjuangan. Satu matlamat, satu wawasan. Tapi orang tu jugak la yang korang sumpah – sumpah.

Seronokkan ada kampung halaman. Tempat banyak kenangan, banyak sejarah. Tapi nak balik pun nak tak nak.

Seronokkan ada handphone. Boleh sms, call makwe/pakwe. Tapi nak call mak ayah, berkira kredit.

Seronokkan ada makwe/pakwe. Boleh dirindu –rindu, disayang - sayang, dicinta – cinta. Tapi sayang tak kat mak bapak korang? sayang tak tuhan korang?

Seronokkan kalau berkapel. Dapat cuci mata selalu. Yang lelaki dapat rasa. yang perempuan dapat bangga. Tempat memadu kasih la konon. Bab fardhu ain dah khatam belum? Belum tanya pasal rumahtangga lagi.

Seronokkan dapat kutuk orang, maki orang dari belakang. Fikir sikit, nak minta maaf boleh ke dari belakang?

Seronokkan ada mulut. Boleh menyumpah – nyumpah, “cakap mampus kau, sial kau, … kau!”. Kan cakap tu satu doa?

Seronokkan bila protes itu ini. Cakap macam kau sorang je perfect. Tak sedar kau lagi banyak masalah.

p/s : aku saje je cakap macam tu. Tapi yang last tu direct untuk aku. kalau korang terasa maaf la ye.


frensicksignature

2 ulasan:

SirAdib.com berkata...

Best!

Ramai orang melayu kita tak tahu bahawa berkapel itu haram.

http://www.sirAdib.com

SaF_FreNsiCk berkata...

tu la... pelikkan?
dorg xtau beza kapel dgn bcinta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails