Sabtu, 18 April 2009

Apa ek?

Dah lama aku online tapi tak ada entry baru nak masukkan, apa ek? Aku pun terfikir nak letak apa lagi kali ni. Nak cakap pasal exam, malaslah.

Hari ini hari yang tenang je, Walaupun bangun lambat lagi, tapi tetap rasa tenang je. Biasanya kalau bangun lambat, mood kurang baik. Tapi kali ni ok gak, tak de yang tak kena, ok la tu.

Malam semalam baru lepas tengok cerita I LOVE YOU (jiwangnya kau ni). Walaupun aku tak suka sangat cerita dari seberang ni tapi cerita ni buat aku tergerak nak tengok. Bestlah jugak, agak ringan dan yang best bila tengok Cinta Laura berlakon. Siapa dia Cinta Laura? (Ala, yang berlakon dalam cerita sinetron Upik Abu Dan Laura tu). Tapi kali ini dia bukan gadis gedik tu, tapi gadis banyak cakap lak.




Ok, tukar topic pulak, beberapa hari lepas banyak aku tengok dan baca entry yang aku ikut. Yang menariknya, kali ni banyak yang bercerita tentang Matrikulasi. Ya matrikulasi, banyak yang dapat kat johor. Tahniah kepada yang terpilih, kalau masuk sana belajar betul – betul. Sebab kat sanalah belajar paling best, memang suasana belajarlah. Walaupun agak terkongkong tapi bagi aku bagus gak.
Buat apa nak bebas sangat, bukan ada apa sangat kat tangkak tu.

I Miss My Batch

Ya, aku rindukan zaman aku, walaupun tak best sangat tapi banyak kenangan aku dah terpatri kat sana. Rindu sama Miss Farita, Miss Ainun, Miss Salbiah, Ustaz Zukilan dan lain – lain lagi. (minta maaf ya kepada nama - nama yang tak disebut...) Bila la agaknya dapat melawat balik kat KMJ.

Ok la tu, sampai sini je kot buat masa ni, tak tau nak cakap apa lagi, salam...

Selingan Sekali Lagi :

Trivia


True or False : The corpus callosum connects the right and left halves of the brain. Yes, the corpus callosum handles most of the communication between both lobes.

Sperm whales have the largest brains by far, weighing in at 7.8 kg (17.2 lbs)

4 ulasan:

inn berkata...

ohh sape dapat kat tangkak?nak tahu.....please?

SaF_FreNsiCk berkata...

xla rmi sgt,
rasanyer inn dah tahu dulu kot,
saf tahu sket je
(sorry sebab lpe sape dpt,tgk random2 je, kat entry yg saf ikut)

inn berkata...

ohh inn dapat gak tp sedih lah.tgk macam susah je duk matrik

SaF_FreNsiCk berkata...

susah? dulu saf pun fikir macam tu gak, tapi atas sokongan orng sekeliling, saf g gak,
and now berjaya dpt gelaran lepasan mtrik wlupun x dpt 4 flat..

erm, inn klu xksh ada ym x?blh bual pjg2,
xpun fs atau ms ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails