Rabu, 22 April 2009

Kebosanan Melanda....


Saya rasa ni entry paling bosan pernah saya buat, ya diulang sekali lagi, entry paling bosan pernah saya buat.mengapa entry ini dicop sebagai hasil penulisan yang paling bosan? Adakah kerana saya menulisnya ketika saya sedang bosan? Atau saya agak terasa dengan kata – kata sinis pengkritik yang suka-cakap-belakang? Atau sebenarnya saya dah mula bosan untuk berada dalam dunia blog? Mengapa juga kali ini kaedah penulisan saya agak kemas dan teratur atau mungkin lebih tepat, skema? Adakah kerana ingin meniru seseorang? Atau kerana ditegur? Atau ini mungkin sebenarnya gaya penulisan saya? Tiada siapa tahu dan mungkin saya sendiri pun tak tahu tapi yang penting sekarang saya nak cakap yang entry kali ini adalah yang paling bosan. Jika anda tidak mahu membuang masa yang begitu berharga umpama emas yang berkilau atau pedang yang menikam. Sila tinggalkan sahaja ruangan ini. Terdapat banyak lagi ruangan sesawang yang anda boleh layari selain dari membuang masa membaca hasil penulisan yang entah apa-apa entah ini.


Tiada apa yang ingin saya katakan, hanyalah sedikit rasa tidak selesa dan kurang puas hati dengan keadaan sekeliling saya sekarang. Hanya ruangan ini dan juga blogger lain yang dapat menenangkan hati saya yang bercelaru. Pada pengikut yang telah mengikuti ruangan ini sejak awal penerbitannya dan juga pengikut yang sudi membaca blog ini keseluruhannya, terima kasih diucapkan kepada anda semua. Tidak kurang juga kepada yang baru sahaja menampilkan diri untuk menjadi warga baru ruangan ini. Walaupun saya tidak tahu sama ada sebahagian daripada anda mengikuti ruangan ini hanyalah bertujuan untuk membalas jasa saya yang mengikuti ruangan anda atau ada dasar rasa simpati atau mungkin juga terpaksa. Tapi yang penting adalah saya amat menghargai segala tindakan anda itu kerana membuat saya bersemangat untuk memberi pandangan dan pendapat serta luahan bisikan hati yang tidak-tentu-arah ke dalam ruangan yang baru lebih kurang "sebulan jagung" ini.


Saya mula rasa tidak selesa apabila ruang minda atau dikenali sebagai kepala mula rasa pening dan menusuk otak saya yang sudah sedia maklum mengalami kepenatan yang teramat sangat akibat dari tidak tidur semalaman hanya kerana untuk menelaah mata pelajaran Hubungan Etnik. Rasa tidak selesa bertambah apabila saya melihat kalendar yang menunjukkan tarikh 22 haribulan april 2009. Ini menunjukkan bahawa saya hanya memiliki lebih kurang tujuh hari lagi untuk berada di kolej kediamanku sekarang. Selepas itu berlakulah fenomena yang disukai ramai iaitu cuti semester. Walaupun saya suka cuti tapi sekarang mula bosan dengan cuti. Entah kenapa saya mula bosan dengan perkara yang paling orang lain suka?



Ini kerana pada masa ini saya tidak dapat berhubung dengan rakan yang lain terutama kawan di alam maya. Kerana saya tidak mempunyai kemudahan internet dirumah seperti kamu semua. Mungkin lebih kurang seminggu sekali saya akan keluar ke kafe untuk ke udara. Tapi ini tak bermakna saya mengabaikan kedatangan kamu semua ke ruangan ini.Terus terang saya katakan yang saya merindui semua para bloggers kerana anda semua ibarat rakan yang telah lama saya tidak temui. Walaupun kita tidak kenal satu sama lain namun keramahan anda semua membuatkan saya seolah – olah mendapat satu kehidupan baru. Ya, saya rasa seolah – olah saya berada dalam satu dunia yang hanya kita (saya dan para blogger) sahaja yang ada di dalamnya.


Cukuplah setakat ini entry yang membosankan ini membuang masa kamu semua. Semoga kamu mendapat paling tidak sedikit akan ilmu yang berkaitan jika ada.

Selamat menjadi rakan blog yang sukses.

Sekian.



fensick Saf Pictures, Images and Photos

2 ulasan:

Nur Farhana Abdullah berkata...

Mana ada bosan.. Tak pun.. Heehee.. =)

Bestnye cuti, tapi cuti kalo takde tenet kurang sket bestnye kan.. Takpe.. Rajin2 la ke CC untuk ke udara.. (cam DJ radio plak) =p

SaF_FreNsiCk berkata...

ok, terima kasih,
btul ke x bosan?
tu la, xtau nak buat ape kat umah,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails