"My action speaks louder than my word, but my text is loudest. If you found this blog is full of emptiness, then you can expect how silence i am!" - Safri
Selasa, 14 April 2009
Butterfly
Labels:
Artikel
Ada apa dengan Rama – rama?(Rama – rama ke kupu – kupu? Tak sama ke?)
Hah, ntah ler, jawab la sendiri…
Skang nie aku nak bagi sikit cerita la. ntah boleh pakai ke tak. Kalau tak boleh, boleh2kan je la ok….
Pertama – tama kalinya saya ingin bercerita tentang kehidupan autobiogarfi seekor Rama – rama (Betul ke? Biografi ke auto? Eh tumpang tanya, Exam kau dah habis ke? Baru start kan? Tak reti2 nak study? NI sibuk pasal rama – rama lak, dah la tu ayat skema bagai nak apa). Ok la straight to the point, cerita baru nak mula….
Kisah ini mengenai seorang saintis yang begitu asyik memerhatikan seekor ulat bulu (bulu ke beluncas) yang di belanya. Hanya dia sahaja yang sudi membela ulat itu kerana tiada yang mahu ambil berat tentangnya kerana kurang cantik (cakap hodoh je x boleh ke?). Hari semakin hari (betul ke ayat ni?). semakin lama, ulat beluncas itu menjadi kepompong dan “membeku” selama beberapa minggu (Ntah betul ke x ni, cek sendiri ulat beluncas jadi kepompong berapa lama, aku bukan saintis…)
Setelah beberapa lama, didapatinya si anak kupu – kupu in susah payah bergelut dengan kepompongnya untuk keluar. Atas rasa belas kasihan, si saintis itupun membantu memotong sedikit bucu kepompong untuk memudahkan anak kupu – kupu itu keluar (Ermm…. Nak Tanya lagi, Rama –rama ke kupu – kupu?).
Maka selepas melihat anak kupu – kupu itu keluar, kelihatan kepaknya mengecut dan badannya kecil. Saintis itupun tunggu dengan harapan kepak dan badannya mengembang seperti biasa namun sangkaannya meleset sama sekali. Kupu – kupu itu menjadi kecil dan tidak cantik seumur hidupnya (tentu dendam gila kupu – kupu tu kat mamat saintis tu kan…?).
Ok, dah dengar ceritakan?
Sekarang sesi pengajaran lak. Jangan takut, aku dah list kan dah, tak payah korang penat2 cari (tapi kalau korang rasa ada lagi, boleh bagitau)
1. Jangan harap perkara senang dalam hidup korang datang macam tu je. Sebab dalam dunia nie Yang bulat x datang bergolek, yang pipih x datang melayang. Lagi satu kalau korang senang awal pun, kemungkinan besar korang akan susah besar lain kali.
2. Benda yang buruk kalau dijaga dan dipelihara pasti jadi baik. Tak kira orang ke, hati ke, haiwan ke, and apa je la (Dah jangan nak mengarut!). Macam cerita kat atas ni, asalnya Ulat beluncas tapi jadi Butterfly
3. Jangan disebabkan korang kesiankan seseorang, korang tolong dia tapi dalam cara yang tak betul. Ni sesuai untuk student sebab korang selalu bagi kawan pinjam tuto kan? (kalau “beliau” buat panduan x pe). sesuai dengan mak2 orang, jangan manjakan anak tu. Sayang anak di pukul2, eh silap, sayang anak diTEGUR pukul (dah tegur kalau tak dengar baru pukul).
4. Dah banyak benda kat dunia ni, TUHAN bagi perumpamaan, tapi kenapa kita susah nak ambil iktibar? Macam soalan math gak, kalau korang silap sikt je pasti salah jawapan kan? walaupun panjang manapun jalan kerja. Macam tu lah dunia sekarang, kalau banyak mana pun korang buat baik, tapi kalau silap sikit, orang ingat sampai bila2 silap kita tu (it’s that fair?).
Aku rasa cukup kot, banyak2 kang bukan korang baca pun sangat kan?
(betul ke BAHASA MALAYSIA kau? Hari tu bukan main gah lagi, berkobar2 nak martabatkan BAHASA IBUNDA konon, Hampeh…)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
saya rasa ada rama-rama dalam perut lah :)
nysaa: nape plak?
alah, kan peribahasa english - butterfly in the stomach. :) which means orang tu dalam bahagia sekarang.
ooo, ok,
tak biasa sgt gne proverb nie,
yg tau cme : kill two bird with one stone,
hahaha...
kenape saintis tu g tolong.kan dah tak lawa.ish2...
kenapa i na balas dekat cbox u asik tabole je? i mean asik kena refresh2 banyak kali. lepas tu last2 ta bole sent jugak.
inn : dia kecian tue.. tapi xde mkne gak
n y s a a : ye ke? ada mslh skit kot, cbe je lagi, kerjasama anda amat kami hargai...
hahaha...
Catat Ulasan