Khamis, 2 April 2009

The Fault Word


S**t
What the F**k
C**p

Apa kejadahnya nak sbut benda2 camtu? Ada faedah ke? Ada untung ke? Aku rasa xde kan, tapi kenapa ramai orang nak sebut sgt? Apa, xde “gaya mutu keunggulan “ ke klu x cakap frasa2 mengarut dan mencarut tu?aku cukup xselesa klu ada orang import perkataan2 mcm tu. Mcm le BAHASA MELAYU kte xde nilai dan hina sgt smpi korg nak sgt gne ayat mencarut tu….
Aku x ksh klu korg nak ckp pe pun. Aku pun bkn lah jenis yg pentingkan bahasa sgt, bukan ler sasterawan Negara tak pun Fan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tulis entry nie pun ayat tunggang- langgang. Tapi atleast hormat la bahasa kita. klu ckp tu ckp la bebaik. Ni tak habis2 nak sebut S**T, F**K. Perghhh…. Berdesing telinga dgr.


Sekarang nie klu tgk orang dr pandangan mata je mmg x cukup. Sebab apa? Sebab aku pernah tgk bnyk entry (tak berapa banyaklah) dan empunya entry tu punyelah bagus, Nampak baik, macam perempuan/lelaki melayu terakhir lah. Tapi bila bab baca karya dorg perghh…. Sampai aku mcm x percaya apa yg aku bce... Tau la korg tu terpelajar tapi xyah la nak tunjuk sgt smpi terlebih pndi lak….


Aku br lps g kat satu forum nie. Forum nie ada bncg pasal BAHASA MELAYU. Ahli panel tu ckp BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA (rasanyer dah bnyk kali dgr). Lagi satu yg buat aku tertarik adalah tentang ETOS (tak tau sgt nak eja camne). Beliau ckp bahasa ni menunjukkan etos bangsa tau. Dan lg bgus bahasa melayu ni mmg baik dan mmntingkan ADAB SOPAN dan KEDUDUKAN (maksud aku kedudukan antara yang tua dan yang muda) dalam setiap ayat. Tp English xde (betulkan aku klu slh)….


Klu korg rs BAHASA MELAYU nie x cukup power, aku pun x kisah sgt. Sbb aku pun kadang2 fikir camtu gak (walaupun sebenarnyer bahasa melayu la kedua paling best lps bahasa arab). Tapi klu sampai urusan rasmi pun nak speaking, apa kejadah nyer? tau la korg tu pndi speaking kan. Tapi xyah la nak tunjuk sgt smpi org rase mcm korg tu bukan melayu (maaf ckp la). Klu korg anak kacukan pun aku xksh sgt dan agak blh dimaafkanlah tp nie melayu asli, ada yg pure lak tu, termasuk JAWA. Nak ikut gaya ckp mcm korg tu asal dr western lak… aku pun lps duk satu bilik ngan Mat Speaking (masa kat matrik dulu) dan Tengok cerita KAMI, ada rasa gak nak speaking. Tapi aku xlah ckp smpi mencarut sgt (mksud aku xyah la smpi nak ckp benda yg x patut tu)


Disebabkan aku ada kwn camtu akupun nak terikut2 ckp camtu. Aku dah salahkan diri sendiri dan sekarang aku nak salahkan korg ( org sekeliling aku yg berkaitan je) lak. Ye la klu x kerana korg, aku x terikut2 ckp camtu (habislah kena maki lepas ni). Orang pernah ckp “Kita adalah siapa kawan kita”. Aku rasa ayat tu betul dan aku setuju sgt.sbb tu la aku nak salahkan korg….


Terpulanglah nak terima ke x….

2 ulasan:

Ir. Datok Carroll berkata...

huh.. faktor rakan no1...
sygngi bhse kite!!

reformasi!!

SaF_FreNsiCk berkata...

yeahh....
itu semangat yg kita mahu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails