“Kerana sebiji nasi, tetap akan membatalkan puasa”
Kenapa pulak ada quote macam tu? baca sampai habis…
Ok, aku minta maaf ok sebab terpaksa tangguh post pasal sambungan untuk isu T B P
(Ala, yang sambungan untuk sesi mutualisme dan parasitime tu). Oleh kerana dah masuk bulan puasa nie, aku rasa nak nak bagi sikit nasihat kot. Nasihat yang aku rasa sangat sangat sangat basic tapi korang dan aku sekali aku rasa sangat sangat dan sangat abaikan dan buat buat lupa.
Tapi sebelum tu aku nak bagi satu perumpamaan dulu. Kalau tak takkan la tajuk pun T B P jugak.
(Aku sekarang suka bermain dengan perumpamaan ye, kalau korang rasa itu perkara yang annoying aku minta maaf sangat sangat). Ok berbalik pada cerita, aku nak Tanya apa pentingnya sebiji nasi? Adakah ia penting atau tidak?
Jawapannya boleh jadi penting dan tidak. Macam mana tu? macam nie, sebiji nasi tu boleh jadi penting kalau korang jenis yang kebulur tapi tak pulak bile korang dah kenyang. Betul tak? boleh jadi penting bila dah tak ada nasi tapi tidak bila nasi tu berlambak kat pinggan korang. Tapi kalau nak tau hakikatnya, sebiji nasi tu tetap penting tak kira apa jua keadaan, sebab tuhan tak ciptakan sesuatu itu sia –sia.
Kalau korang belajar kimia, lebih – lebih lagi budak matrikulasi, mesti tau kepentingan nasi tu. tu kalau korang tak skip lecture dan jenis yang suka merenung kejadian alam la. sebabnya? Aku alami sendiri. Macam mana? Macam nie. dulu aku kalau pergi makan aku makan sampai habis sebab nak hargai duit yang aku bayar untuk beli makanan tu. tapi bila aku belajar kimia kat matrik, aku makan sampai habis dan licin sebab aku hargai tenaga yang akan aku dapat bila makanan tu masuk dalam badan aku. sebab dulu aku nampak apa yang 1 gram makanan boleh buat dalam badan kita. ye, walaupun hanya 1 gram. Tapi sekarang awareness tu dah berkurang
(aku rasa lagi teruk) sebab aku dah mula banyak kali makan tak habis. Kalau tak licin boleh dimaafkan tapi nie tak habis. Kan membazir tu. apa la kau saf. Naudzubillah.
Ok apa pulak kaitannya dengan hidup kita? ada kaitanya, sebelum aku cerita panjang lebar aku nak korang bayangkan yang nasi tu Amalan baik,dan Amalan buruk. Kenapa pulak kena macam tu? ala bayangkan je la. kalau korang Nampak significance nya, aku rasa korang tak yah baca pun korang boleh faham apa yang Allah s.w.t nak “sampaikan”.
Pertama, aku nak korang bayangkan nasi tu dengan perkara baik atau amalan baik. Korang cakap sebiji nasi tu boleh jadi penting kalau korang jenis yang kebulur tapi tak pulak bile korang dah kenyang. Betul tak? boleh jadi penting bila dah tak ada nasi tapi tidak bila nasi tu berlambak kat pinggan korang. Sama la jugak dengan amalan baik. Korang rasa kena buat banyak amalan baik tapi bila dah banyak amalan baik yang korang buat, yang perasaan bagus tu mesti tak nak buat perkara baik yang korang anggap remeh kan? tak yah kecoh, aku pun sama, dan aku rasa lagi teruk sebab aku kalau buat baik sikit pun dah rasa bangga nak mamp*s.
Tapi hakikatnya kita kena buat semua amalan baik walau kecik mana pun. Sebab kita akan di beri ganjaran, lebih – lebih lagi dalam bulan puasa sekarang. Seperti apa yang di firmankan oleh Alah s.w.t dalam al – quran yang bermaksud :
“Dan barang siapa mengerjakan kebaikan (Walaupun) seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya.”
Aku rasa ayat tu pun dah cukup untuk konkrit kan apa yang aku cakap.
***********
Yang kedua, kita tukar pulak dengan amalan buruk. Tapi kalau nak tukar nasi dengan amalan buruk. Kena anggap yang korang sedang berpuasa. Memandangkan sekarang bulan puasa, so tak ada masalah la ye. Kenapa pulak kena bayangkan nasi dengan amalan buruk? Ok aku nak bagitau, kalau kita makan nasi sebiji batal tak puasa? Apa benda la kau ni saf, soalan bodoh pun nak tanyakan kat orang lagi, of course la batal. Dah tu, tak reti nak kaitkan dengan hidup kita? dalam hidup pun macam tu jugak, kalau korang buat salah, jahat atau silap sekali pun tetap akan dikira salah. Kalau korang baik mana pun tapi bila korang dah buat silap tetap orang akan pandang yang silap tu jugak. Macam sehelai kertas putih kosong dengan sehelai kertas putih yang ada 1 titik hitam. Kalau yang kertas kosong tu korang akan susah nak focus, tak tahu nak tengok bahagian mana, atas, bawah, tepi, tengah, kiri, kanan? tapi bila ada titik, Yang mana korang Nampak? Mesti titik hitam tu dulu kan?
Sebab tu la tuhan tak nak consider bila korang makan nasi sebiji pun tetap dikira batal. Sama la jugak hidup, bila korang buat salah tetap dikira salah. Tapi tuhan tak zalim, sebab tu wujudnya qada’ puasa, sebab Dia nak bagi perumpamaan yang kita boleh bertaubat. Tapi kalau korang tengok, kita tak puasa sehari pun orang dah pandang serong kan? walaupun kita dah qada’ puasa tu. maknanya, kita buat salah sekali pun orang tetap pandang serong kat kita.
Sebab tu la tuhan bagi peringatan dalam firmannya yang bermaksud :
“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan (Walaupun) seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya.”
***********
Ada satu lagi nasihat, aku nak tanya kalau korang lapar, macam mana boleh jadi kenyang? Makan nasi la saf. Betul? Tidak bagi aku, kenapa pulak? Yang buat kita jadi kenyang bukan nasi tapi tuhan ok. Ingat tu. tapi saf, kalau tak makan mana boleh kenyang. Memang la betul, sebab tu la tuhan cakap, nak sesuatu kena ada usaha, dalam makan pun ada usaha, usaha korang angkat pinggan, masak nasi, jerang air, masak lauk, hidang nasi, bukan usaha ke tu? so, bila korang dah ada usaha untuk makan, masa korang makan nanti tuhan bagi la nikmat kenyang. Ada jugak yang tuhan tak bagi nikmat kenyang yang mana makan sampai nak termuntah tapi mengunyah lagi. Sebab apa? Sebab kita tak landaskan atau relate kan usaha kita tu terhadap Allah s.w.t dengan makan tak baca Bismillah, apatah lagi doa makan. Lepas tu makan dengan kurang adab atau lagi teruk tak ada adab. Tak yah kecoh lagi, aku pun sama gak, dua kali lapan.
Hari ni banyak cakap pasal nasi je, makanan lain tak boleh ke saf? Boleh la kalau korang nak gantikan nasi tu dengan makanan lain, tak kira la mi goreng ke, air milo ke, kueh tiaw ke, air katira ke, Janji sesuai. Serius sebenarnya aku nak korang bayangkan nasi tu dengan benda lain bukan amalan baik dan buruk je, tapi tak keluar pulak ilham tu bila nak taip. So dengan tak nak buang masa, aku taip je apa yang keluar dalam otak aku nie masa nak taip pasal post nie.